Search This Blog


Image

Panduan Kemasukan ke Ma'ahad Anwar Al-Bayan


Maahad Anwar Al-Bayan

Pusat pengajian pondok muslimat

Pendahuluan

Terlebih dahulu diucapkan tahniah kepada saudari kerana memilih pusat pengajian ini.

Syarat pengajian di maahad anwar al bayan

Pengajian ini tertakluk kepada syarat berikut:

  1. Pelajar wajib menjelaskan yuran yang dikenakan oleh maahad semasa pendaftaran.
  2. Pelajar diwajibkan tinggal di asrama maahad dan mesti mematuhi peraturan asrama yang telah ditetapkan.
  3. Pelajar juga tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan. Tindakan tatatertib boleh dikenakan terhadap pelajar yang melanggar peraturan maahad.
  4. Pelajar wajib menghadiri kuliah, amali, ko-kurikulum dan semua aktiviti maahad.
  5. Pihak maahad berhak memberhentikan pengajian sekiranya didapati pelajar menghidap penyakit berbahaya atau berjangkit yang akan menjejaskan pengajian dan membahayakan diri dan pelajar lain.
Tanggungjawab pelajar

  1. Semasa mengikuti pengajian, pelajar dikehendaki berkelakuan selayaknya seorang pelajar yang bertanggungjawab dan mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan di maahad. Sila rujuk buku peraturan pelajar.
  2. Tindakan tatatertib, tuntutan gantirugi dan penamatan pengajian boleh diambil terhadap pelajar sekiranya berlaku sebarang perlanggaran peraturan.
  3. Bagi makluman kepada pelajar, teras peraturan di maahad adalah berlandaskan toriqah baalawi.
  4. Bagi memastikan kehidupan yang harmoni di maahad, beberapa peraturan tambahan perlu diikuti:
  5. segala jenis aktiviti agama perlu merujuk kepada pentadbir maahad terlebih dahulu.
  6. Segala bentuk tingkah laku dan percakapan yang boleh menyinggung sensitiviti bangsa dan kaum adalah dilarang sama sekali.
  7. Segala makanan yang tidak halal tidak dibenarkan dibawa ke kawasan maahad.
  8. Sebarang amalan agama yang lain dari manhaj maahad adalah di larang.

Hak maahad

  • Maahad berhak untuk menyingkir bakal pelajar pada satu-satu masa sepanjang tempoh pengajian jika didapati kenyataan dan maklumat yang diberikan adalah palsu.
  • Pelajar yang berhenti dari pengajian atas sebab masalah disiplin, tidak hadir kelas lima hari berturut-turut atau masalah lain yang tidak munasabah akan dikenakan tuntutan gantirugi termasuk yuran pengajian, yuran makan dan juga yuran penginapan.
  • Maahad berhak meminda peraturan dan syarat-syarat yang tersebut di atas dan / atau menambahnya pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan dan pelajar adalah tertakluk kepada pindaan-pindaan tersebut.

Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon & salinan k/p ibubapa / waris
  2. 2 keping gambar berukuran passport. (tulis nama dan no kp di bahagian belakang)
  3. salinan sijil.
  4. Laporan pemeriksaan perubatan yang telah lengkap disahkan oleh pegawai perubatan di klinik kerajaan atau klinik swasta.
  5. Borang pengesahan majikan / ketua kampung yang lengkap ditandatangan.
  6. Perakuan bebas penyalahgunaan dadah yang lengkap ditandatangan.
  7. Aku janji pelajar yang lengkap ditandatangan.
  8. Borang pendaftaran pelajar yang lengkap.
  9. Borang maklumat ibubapa yang lengkap ditandatangan..
  10. Bayaran semasa pendaftaran

Yuran pendaftaran seperti dilampiran dan hendaklah dibayar sepenuhnya secara tunai semasa hari pendaftaran pelajar.

Keperluan asrama dan peribadi yang perlu dibawa sendiri oleh pelajar
  • Baju kurung.
  • Baju kurung atau jubah hitam dan berkasut hitam tertutup dipakai semasa hari pendaftaran (juga dipakai semasa majlis rasmi)
  • lain-lain peralatan yang difikirkan sesuai untuk kegunaan di maahad.
Etika semasa pendaftaran

Saudari dikehendaki melaporkan diri pada tarikh yang ditetapkan berikut;

Masa :
Tempat :

Sekiranya saudari tidak melapor diri pada tarikh yang telah ditetapkan, bermakna saudari telah menolak tawaran ini.

Sila bawa bersama dokumen-dokumen seperti di no. 5. Pastikan dokumen telah lengkap.
Saudari hendaklah :
  • Pelajar perempuan
  • berpakaian baju kurung dan berkasut hitam dengan kemas.
  • Bertudung labuh.
  • Tidak memakai barangan perhiasan atau solekan.
Peringatan : jika etika pendaftaran tidak dipatuhi, pihak maahad berhak tidak membenarkan anda melapor diri.

Tahniah di atas pilihan anda.


Comments