Search This Blog


Image

PENGAMBILAN PELAJAR BARU


Assalamualaikum w.b.t.

Jika ada dari kalangan saudara/i yang mempunyai atau mengenali mana-mana anak yatim atau anak asnaf (dari keluarga miskin) beragama Islam yang hidupnya benar-benar susah berdasarkan beberapa syarat di bawah:
  1. Perempuan.
  2. Berumur antara 9-16 tahun.
  3. Warganegara Malaysia yang berdokumen (sijil kelahiran anak tersebut dan sijil kematian bapa).
  4. Ibu atau warisnya kesempitan hidup.
  5. Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan.
  6. Tiada masalah untuk tinggal di asrama sepenuh masa.
  7. Bercita-cita tinggi untuk memperbaiki taraf pendidikan agama dan akhlak yang mulia.
Anak-anak ini semua akan ditempatkan di;
Maahad Anwar Al Bayan
Lot 1974, Kg. Lubuk Bunut, Kemuning, 18500 Machang, Kelantan.
Maahad ini merupakan pusat pangajian pondok perempuan sahaja.
Mempunyai tenaga pengajar (Ustazah) yang bertauliah lepasan Darul Zahra Tarim, Yaman.
Kami juga menjemput tenaga pengajar(ustazah-ustazah) khusus daripada luar seperti Pondok Pesantren Indonesia dan Yaman yang pakar dalam kaedah bahasa Arab dan Fiqh untuk mengajar anak-anak ini.
Semua kemudahan-kemudahan telah disediakan dengan tanggungan pendidikan dan lain-lain SECARA PERCUMA.
Di antara kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:
  1. Pengajian Al-Quran.
  2. Pengajian Kitab Agama dan Bahasa Arab.
  3. Keperluan asas makan dan minum, pakaian, perubatan dan pengangkutan dan lain-lain. ( Sekemampuan pondok ).
Syarat-syarat ibu atau waris
  1. Anak-anak dibenarkan pulang ke rumah semasa cuti perayaan sahaja jika dibenarkan oleh pihak pengurusan Maahad.
  2. Lawatan oleh keluarga dibenarkan pada hujung bulan sahaja jika dibenarkan oleh pihak pengurusan Maahad.
  3. Bantuan oleh pihak Ma’ahad kepada anak-anak melanjutkan pengajian ke luar negara jika berjaya.
Sekiranya tuan/puan ada mengenali atau mengetahui adanya anak-anak yang memenuhi syarat-syarat di atas, sila hubungi pihak kami dengan segera untuk urusan susulan.
Mohon disegerakan kerana tempat adalah terhad. Terima kasih atas kerjasama tuan/puan. Mudah mudahan usaha bersama kita ini akan diberkati Allah swt.
Sila hubungi:
1. Pengurus
HP. 01120613496
*Nota Tambahan*:
Mohon juga tuan/puan sebarkan mesej ini.
Wassalam.

Comments